Blog merupakan sub blog bagi adiWidget™. Disebabkan sekolah kat Malaysia ni ada beribu... dan di dunia ni mencecah angka yang berjuta, maka, adi khaskan widget untuk logo-logo sekolah di sini ajer... ;) So, kalau nk logo sekolah anda di adiWidgetkan, emel la logo anda ke adiwira[at]gmail.com dalam kualiti yang bagus, dan adi akan paparkan kat sini bila siap.

 

Thursday, November 12, 2009

Sek. Men. Keb. Kamil


SMK Kamil merupakan sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang terletak di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Jaraknya lebih kurang 40km dari bandar Kota Bharu. Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1954 dan dinamakan "Government English School". Nama sekolah ditukar kepada "Kamil English School" mengambil sempena nama Dato' Nik Ahmad Kamil B. Dato' Nik Mahmood, Menteri Besar Kelantan (1944-1953) yang juga seorang pejuang kemerdekaan. Kemudiannya, nama sekolah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kamil apabila Kelas Menengah (Tingkatan 1) diwujudkan pada tahun 1957. Pada tahun 1998, sekolah ini diberi taraf Sekolah Bestari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Kamil menyambut perayaan Jubli Emas pada tahun 2004.

Add To Google BookmarksStumble ThisFav This With TechnoratiAdd To Del.icio.usDigg ThisAdd To RedditTwit ThisAdd To FacebookAdd To Yahoo

No comments: