Blog merupakan sub blog bagi adiWidget™. Disebabkan sekolah kat Malaysia ni ada beribu... dan di dunia ni mencecah angka yang berjuta, maka, adi khaskan widget untuk logo-logo sekolah di sini ajer... ;) So, kalau nk logo sekolah anda di adiWidgetkan, emel la logo anda ke adiwira[at]gmail.com dalam kualiti yang bagus, dan adi akan paparkan kat sini bila siap.

 

Saturday, November 28, 2009

Sek. Men. Keb. Kampung Selamat


Sekolah menengah Kebangsaan Kampong Selamat dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampong Selamat. Kerja kerja pembinaan bermula sejak tahun 2000 dan Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

SMKKS merupakan salah sebuah sekolah kawalan di negeri ini. Kebanyakan murid murid yang ditempatkan di sini adalah melalui rancangan khas di samping murid murid kemasukan biasa. Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah telah menerima sejumlah 287 orang pelajar yang ditempatkan di dalam lapan buah kelas mengikut tingkatan masing-masing. Seramai 21 orang tenaga pengajar ditempatkan di sini untuk berkhidmat kepada warga sekolah.

En. Jamil Bin Jaafar telah di amanahkan sebagai pemangku jawatan pengetua bagi melicinkan pentadbiran sekolah. Tidak lama kemudian, pada 9 Mac 2004 sekolah telah menerima pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Mohd Saleh Bin Rashid.

Dari segi kemudahan prasarana, sebanyak empat blok telah dibina yang mana masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Sehingga hari ini sekolah ini telah membuka sebanyak 29 kelas bagi menampung keperluan pelajar.

Add To Google BookmarksStumble ThisFav This With TechnoratiAdd To Del.icio.usDigg ThisAdd To RedditTwit ThisAdd To FacebookAdd To Yahoo

No comments: