Blog merupakan sub blog bagi adiWidget™. Disebabkan sekolah kat Malaysia ni ada beribu... dan di dunia ni mencecah angka yang berjuta, maka, adi khaskan widget untuk logo-logo sekolah di sini ajer... ;) So, kalau nk logo sekolah anda di adiWidgetkan, emel la logo anda ke adiwira[at]gmail.com dalam kualiti yang bagus, dan adi akan paparkan kat sini bila siap.

 

Tuesday, June 23, 2009

Maktab Tentera Di-Raja



Maktab Tentera Di-Raja
(Bahasa Inggeris:Royal Military College) lebih dikenali dengan nama singkatan "MTD" atau "RMC". Selain itu, MTD juga kadangkala dikenali sebagai "Akademi Tentera Sandhurst Malaysia" dan "The Sitesis Eton-Sandhurst" merupakan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Kawasan kampus MTD yang meliputi kawasan berbukit hijau seluas 1,200 ekar ini terletak di Sungai Besi, kira-kira 10 batu dari bandar raya Kuala Lumpur. Dikelilingi pemandangan indah dari The Mines Resort, dan Stadium Nasional Bukit Jalil manjadikan keadaan kampus ini damai. Pelajar RMC dikenali sebagai Present Putera, manakala bekas pelajar pula dipanggil Old Putera. Istilah "Putera" diberikan kerana status Diraja RMC.

Sunday, June 21, 2009

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)



PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Sek. Men. Keb. Sungai Pusu



On 5th December 1998, SMK Sungai Pusu (SMKSP) was opened to the student. All the administration tasks were operated in the SK Sungai Pusu's office until 28th December 1998. The form 1 registration was held on 21st December 1998 until 28th December 1998.

The Administration Department was transferred to the SMK Sungai Pusu's new building on 28th December 1998. In January 1999 the were 260 form 1 students started their lesson in 8 classes. In July 1999, SMKSP was selected as one of the Smart School by the Malaysia Ministry Of Education.

Sekolah Tun Fatimah


Sekolah Tun Fatimah adalah sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultanah Johor pada 25 September 1965. [1] Sekolah ini adalah sekolah menengah puteri berasrama penuh yang kedua di Malaysia.

Kata Kunci: Logo Sekolah Tun Fatimah, PNG

Thursday, June 11, 2009

Maktab Rendah Sains Mara


Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Katakunci: Logo MRSM